Pendidikan Amerika Syarikat

Sekitar 80% penuntut kolej AS menghadiri universiti awam seperti Universiti Virginia, sebuah Tapak Warisan Dunia yang ditubuhkan oleh Thomas Jefferson.[128]

Pendidikan awam di Amerika Syarikat dikendali oleh kerajaan negeri dan tempatan di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat menerusi sekatan terhadap geran persekutuan. Di kebanyakan negeri, kanak-kanak diwajibkan menghadiri sekolah mulai umur enam atau tujuh tahun (tadika atau darjah satu) hingga lapan belas tahun (sekitar darjah ke-12 (tingkatan enam), akhir sekolah tinggi); sesetengah negeri membenarkan pelajar berhenti persekolahan pada umur 16 atau 17 tahun.[129] Sekitar 12% kanak-kanak berdaftar di sekolah swasta mubaligh mahupun sekular. Cuma lebih 2% kanak-kanak bersekolah di rumah.[130]

Amerika Syarikat mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang kompetitif, baik awam mahupun swasta, dan juga kolej masyarakat yang mengamalkan dasar kemasukan terbuka. 84.6% orang Amerika yang berusia 25 tahun ke atas berkelulusan sekolah tinggi, 52.6% menghadiri kolej, 27.2% meraih ijazah sarjana muda, dan 9.6% memegang ijazah sarjana ke atas.[131] Kadar celik huruf amnya adalah kira-kira 99%.[35][132] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan Indeks Pendidikan 0.97 kepada AS.[133]

Rujukan

WikiPedia: Amerika Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830